Salam sejahtera pelajar EDP...
Akhirnya kita sudah pun menamatkan tahun pembelajaran 2010. Cikgu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua pelajar Melayu EDP kerana telah berusaha untuk mengikuti semua program bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh. Bagi mereka yang berjaya TAHNIAH cikgu ucapkan. Bagi yang kurang berjaya cuba tingkatkan usaha dan buatlah ulang kaji demi mempersiapkan diri kamu untuk tahun 2011.
Untuk pelajar P5 ayuhlah siapkan diri kamu untuk menduduki PSLE tahun hadapan. Lakarkan perancangan yang teliti dan tumpukan perhatian untuk meraih kejayaan. Jangan buang masa dan buatlah persiapan sekarang.
Pelajar P6, cikgu berdoa agar kamu semua berjaya dan keputusan PSLE pada 25.11.10 nanti akan membahagiakan kamu. Cikgu juga berharap kamu akan memilih sekolah menengah dengan bijak dan gunakan cuti bulan Disember ini untuk mempersiapkan diri melangkah ke alam sekolah menengah. Ingat, alam sekolah menengah lebih mencabar dan memerlukan usaha yang lebih jitu. Mulalah merancang kejayaan kamu dari sekarang.
Akhir sekali, cikgu ingin mengucapkan selamat bercuti dan semoga kamu dapat meggunakan masa cuti kamu dengan berguna!
Salam sayang
C Shikin :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment