Tuesday, March 29, 2011

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

Salam sejahtera murid-murid EDP,

Guru-guru Bahasa Melayu EDP amat berbangga atas usaha gigih murid-murid darjah 1 -6 yang telah menunjukkan keupayaan dan peningkatan dalam peperiksaan CA1 yang baru sahaja berlalu.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada murid-murid sekalian dan berharap agar murid-murid dapat berusaha lebih gigih lagi demi mencapai kejayaan.


Para waris juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran murid-murid.

Murid-murid memerlukan dorongan dan pengawasan para ibu bapa di rumah.

Guru-guru di sini amat menghargai penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak masing-masing.


Saya juga ingin memohon para ibu bapa agar memberikan sokongan terhadap pembacaan anak-anak di rumah. Aktiviti membaca dapat dilakukan sebagai aktiviti keluarga baik di mana sahaja kita berada. Saya berharap juga agar ibu bapa dapat memberikan galakan agar rajin meminjam buku cerita atau membaca surat khabar. Sifat membaca memberi manfaat terhadap diri anak-anak kita.


Semoga gabungan tenaga dan usaha guru-guru dan para ibu bapa dapat menghasilkan sesuatu yang positif dalam diri murid-murid sekalian.


Sekian.


Salam sayang

Cikgu Rosalina

Thursday, November 18, 2010

Selamat Bercuti...

Salam sejahtera pelajar EDP...

Akhirnya kita sudah pun menamatkan tahun pembelajaran 2010. Cikgu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada semua pelajar Melayu EDP kerana telah berusaha untuk mengikuti semua program bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh. Bagi mereka yang berjaya TAHNIAH cikgu ucapkan. Bagi yang kurang berjaya cuba tingkatkan usaha dan buatlah ulang kaji demi mempersiapkan diri kamu untuk tahun 2011.

Untuk pelajar P5 ayuhlah siapkan diri kamu untuk menduduki PSLE tahun hadapan. Lakarkan perancangan yang teliti dan tumpukan perhatian untuk meraih kejayaan. Jangan buang masa dan buatlah persiapan sekarang.

Pelajar P6, cikgu berdoa agar kamu semua berjaya dan keputusan PSLE pada 25.11.10 nanti akan membahagiakan kamu. Cikgu juga berharap kamu akan memilih sekolah menengah dengan bijak dan gunakan cuti bulan Disember ini untuk mempersiapkan diri melangkah ke alam sekolah menengah. Ingat, alam sekolah menengah lebih mencabar dan memerlukan usaha yang lebih jitu. Mulalah merancang kejayaan kamu dari sekarang.

Akhir sekali, cikgu ingin mengucapkan selamat bercuti dan semoga kamu dapat meggunakan masa cuti kamu dengan berguna!


Salam sayang
C Shikin :)

Thursday, October 14, 2010

Semoga berjaya dalam SA2

Kepada semua pelajar Bahasa Melayu EDP,

Semoga kamu manfaatkan masa 4 hari nanti sewaktu 'penyemakan kertas PSLE' untuk melakukan ulang kaji sebelum menduduki kertas SA2...

Ingatlah, usaha tangga kejayaan...

Pelajar P6 semoga kamu mendapat keputusan yang cemerlang!

Salam sayang
C Shikin :)

Thursday, May 20, 2010

BINALAH KEYAKINAN DIRI KAMU...

Hi murid-murid,

Kali ini Cikgu Shikin ingin berkongsi dengan kamu semua sebuah klip video tentang Keyakinan Diri. Selepas SA1 ramai yang gembira dan ada juga yang sedih. Jangan putus harapan. Cikgu harap kamu mengambil iktibar dari semua kegagalan mahupun kejayaan yang telah diraih.

Murid P6 yang amat cikgu kasihi, saya berdoa awak semua berjaya dalam semua mata pelajaran untuk PSLE dan gunakan masa pada cuti bulan Jun untuk membuat ulangkaji...sementara itu tontonlah video ini bagi sumber inspirasi khas untuk kamu semua!

Salam sayang
C Shikin

BINALAH KEYAKINAN DIRI KAMU...

Thursday, April 1, 2010

NHSB P1-P2: Sastera Pelbagai Budaya

Hi murid-murid...

Kali ini cikgu telah memilih beberapa cerita binatang buat bahan pembelajaran Sastera Pelbagai Budaya (NHSB) kita.

Silalah lihat dan berbincanglah dengan kawan-kawan dan keluarga kamu tentang nilai moral dan watak binatang seperti Sang Kancil, Monyet, Buaya dan banyak lagi yang terdapat dalam cerita-cerita ini. Semoga kamu bersiap apabila tiba masanya untuk pelajaran Sastera Pelbagai Budaya nanti...
Selamat menonton...:)

Hikayat Sang Kancil dan Monyet



Sang Kancil dan Buaya



http://www.youtube.com/watch?v=Ixtz8_1JXvc

Monyet dan Buaya





Yang Dikejar Tidak Dapat



Dengar Guruh di Langit



Semut dengan Burung



Gagak Yang Bijak

Thursday, February 25, 2010

Bahan Sastera Pelbagai Budaya (NHSB): Epik Ramayana

Hi pelajar,

Kamu boleh menonton epik India, Ramayana ini dan mari kita bincangkan tentang mesej yang cuba disampaikan melalui video yang kamu tonton ini.
Selamat menonton :)

C Shikin

Epik Ramayana 1



Epik Ramayana 2



Epik Ramayana 3



Epik Ramayana 4

Wednesday, February 3, 2010

Sertai Kuiz Ria Untuk Bulan Januari

Hi pelajar semua,

Ingin mendapat hadiah? Sertailah kuiz ria. Kamu hanya perlu ke
1) Klik lelaman NADI dan
2) Klik Nadi Ria
3) Klik Kuiz Ria (Jan 2010)

Untuk menjawab soalan yang diberikan kamu harus mendengar cerita "Serigala dan pakaian biri-birinya'

Selamat Berjaya!
:))
C Shikin